Saturday, February 26, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 H/2011 M

15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabi'ul Awal 1432 H,Sek. men. Sains Muzaffar Syah telah mengadakan sambutan Mulidur Rasul peringkat sekolah.Sambutan ini telah dimulakan seawal 5.00 pagi dengan aktiviti qiamulail dan solat subuh berjemaah.Kemudian,pada jam 8.00 pagi,semua warga Muzaffar telah berkumpul mengikut rumah masing-masing di hadapan bengkel KH dengan membawa sepanduk rumah.Majlis diteruskan lagi dengan aktiviti di dewan.Tuan Pengetua telah memulakan ucapan pembukaan dan disambung dengan ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Rosfazlin b. Jusoh.Beliau telah berkongsi pengalaman berada di bumi Gaza dan secara tidak langsung telah membangkitkan semangat jihad dalam diri setiap pelajar.Seterusnya,diadakan bacaan ayat suci Al-Qur'an dan deklamasi sajak.Di samping itu,pertandingan sepanduk antara rumah telah diadakan dan keputusannya adalah seperti berikut:-

Johan:Bendahara
Naib Johan:Syahbandar
Ketiga:Laksamana
Keempat:Temenggung

Mabruk(tahniah) diucapkan kepada pihak BADRI MOZAC kerana berjaya menganjurkan sambutan ini dengan jayanya.Diharapkan semua pelajar mengambil iktibar dari tarikh yang penuh bersejarah ini,insya-Allah..
~age of renaissance~

No comments:

Post a Comment