Monday, December 12, 2011

Selamat Datang Tuan Pengetua


MOZAC telah menerima Tuan Pengetua baru iaitu Tuan Haji Hassan b.Topit, mantan pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Beliau akan mula bertugas di MOZAC pada 1 Disember 2012. Seluruh warga LAKSAMANA&MOZAC mengalu-alukan kedatangan beliau dan Selamat Bertugas Tuan Pengetua!

Larian Merentas Desa 2011

Pada hari ini,4 November 2011 para pelajar telah terlibat dalam melaksanakan larian merentas desa 2011 dengan mengikuti laluan biasa mengikut kategori masing-masing. Para pelajar telah berkumpul di padang sekolah seawal 8 pagi bagi sesi memanaskan badan yang dikendalikan oleh semua rumah sukan masing-masing. Rumah sukan manakah yang muncul juara pada tahun ini?
Berikut adalah keputusan bagi larian tersebut. Pada tahun ini, Syahbandar mengekalkan kejuaraan dalam acara larian merentas desa. Tahniah diucapkan:)

Kategori Lelaki A

Syahbandar-289 mata
Laksamana-287 mata
Bendahara-168 mata
Temenggung-86 mata

Kategori Lelaki B

Bendahara-358 mata
Temenggung-217 mata
Laksamana-128 mata
Syahbandar-127 mata

Kategori Lelaki C

Temenggung-375 mata
Syahbandar-203 mata
Bendahara- 134 mata
Laksamana-118 mata

Kategori Perempuan Senior

Bendahara-278 mata
Syahbandar-255 mata
Laksamana-213 mata
Temenggung-84 mata

Ketegori Perempuan Junior

Syahbandar-410 mata
Temenggung-202 mata
Laksamana-126 mata
Bendahara-92 mata

Keseluruhan

Syahbandar-1416 mata
Bendahara -1150 mata
Temenggung-1080 mata
Laksamana-968 mata


karnival 1 Murid 1 Sukan MOZAC

Pada 2-3November melibatkan 4permainan iaitu bola tampar,rugbi,bola jaring dan bola keranjang.
Karnival ini melibatkan para pelajar tingkatan 1,2 dan 3 manakala para pelajar tingkatan 4 bertindak sebagai fasilitator permainan mengikut rumah masing-masing. Pada 3 November 2011 telah diadakan sesi teori dan praktikal sementara sebelum pertandingan yang dijalankan pada hari tersebut.

Malam Anugerah Muzaffar 2011


Pada hari 28 Oktober 2011, para pelajar tingkatan 5 telah diraikan dalam sebuah majlis iaitu Malam Anugerah Muzaffar 2011 yang dahulunya dikenali sebagai Malam Seribu Bintang. Tetamu kehormat yang telah hadir pada malam itu, YB Datuk Md.Sirat b.Abu,ahli parlimen Bukit Katil, Melaka.Beliau juga bermurah hati menyumbangkan sebanyak RM 10,000 kepada MOZAC. Walaubagaimanapun, hujan turun dengan agak lebat selepas perarakan masuk para pelajar tingkatan 5, majlis berlangsung meriah dengan persembahan para pelajar dan anugerah-anugerah yang disampaikan. Anugerah Bintang Muzaffar dirangkul oleh Alia Anin Azwa bt.Bakri. Pelajar Contoh Putera dianugerahkan kepada Amirul Asyraf b.Roslan manakala Pelajar ContohPuteri diterima oleh Fatin Fazira Che Daud. Anugerah Khas Mozac juga diberikan kepada Erick Naim.
Berikut adalah anugerah-anugerah lain:

Anugerah Kelas Terbaik Program NILAM 2011-Kelas 1 Alpha
Anugerah Tokoh Nilam 2011- Muhammad Afiq b.Zulkifli
Anugerah Kelas Terbaik Men.Rendah- 3 Alpha
Anugerah Kelas Terbaik Men.Atas- 5 Omega
Anugerah Dorm Terbaik Aspura- Dorm 1A3
Anugerah Dorm Terbaik Aspuri- Dorm C
Penyumbang Markah Terbanyak Rumah
Bendahara- Muhammad Faqir Jaafar
Laksamana- Fatin Fazira Che Daud
Syahnbandar- Adlina Rahim
Temenggung- Muhd.Ihsan Abd Wahab
Anugerah Rumah Terbaik Kategori
Akademik-Temeneggung
Kokurikulum-Laksamana
3K-Bendahara
Disiplin/Sahsiah-Temenggung
Anugerah Rumah Sukan Terbaik Keseluruhan-Bendahara

Pada malam ini juga telah disampaikan keputusan dan hadiah pertandingan asrama terbilang sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua.

Makan Beradab &Jamuan Hari Raya

28 September 2011, sebuah jamuan hari raya dan makan beradab telah diadakan sempena hari raya Aidilfitri yang lepas.Semua pelajar dikehendaki hadir dengan memakai baju melayu bebas, berseluar slack dan berkasut kulit hitam. Majlis berlangsung selama satu jam setengah dari pukul 7.30 petang sehingga 9 malam. Para pentadbir turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Laksamana menyediakan button nama sebagai kenangan pada majlis itu.