Thursday, December 23, 2010

Tahniah Calon-Calon PMR 2010

23 Disember 2010, hari yang ditunggu-tunggu pelajar Tingkatan 3 telah tiba.Alhamdulillah seramai 89 calon PMR MOZAC berjaya mendapat keputusan semua A dalam setiap mata pelajaran.Keputusan ini telah meningkat sebanyak 7.49%(semua A)dan GPS sekolah dari 1.08 kepada 1.05 sekaligus melebihi KPI yang ditetapkan.Tahniah diucapkan kepada semua calon dan sesiapa yang terlibat secara langsung ataupun tidak.Diharapkan kecemerlangan seperti ini akan membakar semangat seluruh warga Muzaffar untuk melonjakkan lagi nama MOZAC!

Tuesday, December 14, 2010

Malam Anugerah Muzaffar 2010

Jumaat,29 Oktober 2010:Jika sebelah pagi,pelajar-pelajar telah berpenat-lelah menyumbang tenaga bagi rumah masing-masing,kini masa yang dinanti-nantikan oleh semua warga Muzaffar terutamanya para pelajar Tingkatan 5 telah tiba.Dahulunya dikenali dengan nama Malam Seribu Bintang dan kini Malam Anugerah Muzaffar,majlis ini diadakan setiap tahun bertujuan memberi panghargaan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 di atas sumbangan dan pencapaian yang telah diberikan pada sekolah.YB Datuk Wira Omar b. Kaseh,Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka merupakan tetamu kehormat pada malam itu.Majlis dimulakan dengan perarakan para pelajar Tingkatan 5 sebelum ketibaan YB.Warga Muzaffar dihiburkan dengan persembahan daripada para pelajar ketika menjamu selera.Selesai ucapan-ucapan utama,anugerah-anugerah telah disampaikan.Anugerah-anugerah tersebut termasuklah;

Anugerah Dorm&Kelas Terbaik
Dorm Putera Terbaik:2B1
Dorm Puteri Terbaik:Dorm A
Kelas Terbaik(men.atas):5 Beta
Kelas Terbaik(men.bawah):3 Alpha

Anugerah Penyumbang Markah Rumah Terbanyak
Bendahara:Muhd Azfar Hj Adam
LAKSAMANA:AMIRA AZHAR
Syahbandar:Nur Anis Atika Zainal Abidin
Temenggung:Nur Alia Ng Abdul Latif Ng

Rumah Sukan Terbaik Mengikut Rumah
Akademik:Temenggung
3K:Bendahara
Sahsiah:Temenggung
Kokurikulum:Bendahara

Rumah Sukan Terbaik Keseluruhan
Bendahara

Anugerah Utama
Penghargaan Sekolah:Muhammad Syakir Zufayri Noor Samsudin
&Muhammad Faris Roslan
Pelajar Contoh Putera:Ahmad Azri Abdullah
Pelajar Contoh Puteri:Alya Syahirah Roszelan

BINTANG MUZAFFAR
NUR ANIS ATIKA ZAINAL ABIDIN

Sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar yang menerima anugerah.Kepada ahli rumah Laksamana,marilah kita bersama-sama meningkatkan mutu rumah sukan bagi melayakkan nama ke malam yang begitu gah ini!
2011 Zaman Renaissance Lux!!Chaiyok2!!

Monday, December 13, 2010

Merentas Desa 2010

Pada pagi Jumaat 29 Oktober,sekolah telah mengadakan acara tahunan sekolah iaitu merentas desa.Para pelajar telah berkumpul di astaka seawal 7.30 pagi.Acara dimulakan dengan taklimat daripada En. Sulaiman b. Adan dan seterusnya pelajar-pelajar bergerak ke padang bagi meneruskan acara.Setelah memanaskan badan,pelajar-pelajar dilepaskan mengikut kategori.Berikut merupakan keputusan keseluruhan:

Johan :Syahbandar
Naib Johan:Laksamana
Ketiga :Bendahara

Tahniah kepada para pemenang.

Multi-Koku (Inter House) 2010

Pada 21-23 September,pertandingan Multi-Koku antara rumah telah diadakan.Antara acara yang dipertandingkan termasuklah futsal,bola jaring, bola tampar dan bola keranjang.Setiap rumah dikehendaki menghantar satu pasukan untuk setiap acara bagi lelaki dan perempuan.Berikut merupakan keputusan perlawanan;

Futsal:1st-Laksamana
2nd-Bendahara
3rd-Syahbandar

Bola Jaring:1st-Bendahara
2nd-Syahbandar
3rd-Laksamana

Bola Tampar(L):1st-Laksamana
2nd-Temenggung
3rd-Bendahara

Bola Tampar(P):1st-Laksamana
2nd-Temenggung
3rd-Syahbandar

Bola Keranjang(L):1st-Temenggung
2nd-Bendahara
3rd-Laksamana

Bola Keranjang(P):1st-Laksamana
2nd-Temenggung
3rd-Bendahara

Keputusan Keseluruhan:1st-Laksamana
2nd-Bendahara
3rd-Temenggung

Tahniah diucapkan kepada para pemenang terutamanya peserta-peserta dari rumah Laksamana. Semoga kemenangan yang dicapai menaikkan lagi semangat setiap ahli rumah dalam memajukan Laksamana!

Majlis Pentauliahan AJK Tertinggi Sesi 10/11

Pada 24 Ogos 2010 telah diadakan Majlis Pentauliahan AJK Tertinggi bagi sesi 2010/2011.Majlis ini telah diadakan di Dewan Sultan Muzaffar Syah.Tujuannya adalah untuk memberi pentauliah kepada pelajar-pelajar yang bakal menerajui tampuk pimpinan Mozac pada tahun hadapan.Antaranya ialah Majlis Sistem Rumah.Berikut merupakan Ketua Rumah dan Timbalan Ketua Rumah bagi rumah Laksamana;

Ketua Rumah :Ikmal Hisyam Mohamed
Tim.Ketua Rumah:Fatin Fazira Che Daud

Diharapkan dengan pelantikan tersebut,pelajar-pelajar yang telah diberi tanggungjawab akan melaksanakan tugas yang diberikan dengan sebaiknya bagi meningkatkan lagi prestasi Laksamana dari semasa ke semasa.