Wednesday, March 31, 2010

KESUMA KEBANGSAAN 2010

MOZAC,27-30 Mac - Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah & Penolong Ketua Rumah atau lebih dikenali dengan nama KESUMA 2010 telah diadakn di Sek. Men. Sains Muzaffar Syah, Melaka. Kursus ini telah dijalankan selama 4 hari 3 malam. Setiap peserta KESUMA telah dibahagikan kepada 5 rumah iaitu Abdul Rahman-Kuning, Abdul Razak-Hijau, Hussein-Biru, Mahathir-Merah dan Abdullah-Putih. Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah Laksamana telah ditempatkan dalam rumah yang sama iaitu Rumah Hussein. Ahli rumah Laksamana perlu berbangga kerana Ketua Rumah Laksamana telah dipilih sebagai Ketua Kamar Hussein 5.

Berikut merupakan keputusan keseluruhan KESUMA 2010:-

Johan:Abdul Rahman
N.Johan: Hussein
Ke-3: Mahathir
Ke-4: Abdullah
Ke-5: Abdul Razak

Ahli Rumah Laksamana berharap kepimpinan rumah Laksamana menjadi lebih mantap selepas KESUMA 2010. GO LUX!!! CHaiYok!!!
Sekian.

Wednesday, March 10, 2010

Ujiantara 2010

Padang MOzac, 10 & 11 Mac- Mozac telah mengadakan ujiantara bagi setiap pelajar dalam setiap kategori. Ujiantara terbahagi kepada 3 acara iaitu 100m, Lompat Jauh dan Lontar Peluru. Semua mata yang dipungut akan ditambah ke markah rumah. Ujiantara hari ini telah berjalan dengan lancar.Terima Kasih kepada semua ahli rumah Laksamana yang telah menyumbang markah kem arkah rumah. Bersyukur kita dengan kejayaan yang telah kita perolehi. Go Lux!!! Chaiyok!!!

Wednesday, March 3, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010H

Persekitaran Mozac, 26 Feb- Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan. Majlis dimulakn dengan perarakan mengikut rumah sukan dari Bengkel Kemahiran Hidup ke Astaka. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul. Persembahan nazam,nasyid dan marhaban juga diadakan. Akhir sekali ialah pengunguman keputusan Pertandingan Membuat Kain Rentang. Laksamana telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan. Satu permulaan yang baik. Diharapkan ahli rumah Laksamana akan mendapat kejayaan dalam apa jua pertandingan yang akan datang. Lux is the Best!!! Sekian.

Pertandingan Membuat Kain Rentang Maulidur Rasul





Surau Al-Abrar,24 & 25 Februari- Satu pertandingan membuat kain rentang sempena sambutan Maulidur Rasul 1431h/2010m. Pertandingan ini telah dipertandingkan mengikut rumah sukan. Ahli rumah Laksamana sangat berbangga hasil kerja yang sangat menarik. Oleh itu, kain rentang rumah Laksamana telah menjadi Naib Johan dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada artisan-artisan Laksamana. Chaiyok Lux!!! Sekian.