Sunday, April 11, 2010

Hari Sukan Tahunan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.

Padang MOzac,10 April- Hari Sukan Sekolah dimulakan dengan acara perbarisan masuk pasukan rumah diiringi pasukan pancaragam sekolah. Acara perbarisan berjalan dengan lancar. Perbarisan Rumah Laksamana bertemakn Alice in the Wonderland. Pertandingan Sorak Rumah bermula sejurus selepas acara perbarisan masuk berakhir. Selepas pertandinga sorak rumah berakhir, acara sukan dimulakan dengan 4x400m dan diikuti acara 100m,400m dan 4x100m. Laksamana telah menggondol 2 piala iaitu johan keseluruhan Lelaki C dan Perempuan Junior. Tahniah Diucapkan kepada semua yang telah menyumbang tenaga,masa dan segalanya untuk Laksamana. Sekian. Chaiyok LUX!!!

Saringan dan Raptai Sukan Sekolah

Padang Mozac,6,8 & 9 April- Beberapa acara saringan dan akhir telah dipertandingkan selama 2 hari iaitu Selasa dan Khamis. Semua ahli Rumah Laksamana telah berusaha bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri ke peringkat akhir dan untuk memenangi pingat. Seterusnya, raptai Hari Sukan telah diadakan pada hari Jumaat. Semua ahli Rumah Laksamana harus berbangga kerana lafaz ikrar kejohanan diketuai oleh KR Laksamana. Semoga LUX berjaya!!! Chaiyok!!!