Saturday, September 24, 2011

HARI SUKAN SEKOLAH 2011

26 Julai 2011, Padang Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah- Kejohanan Olahraga & Sukan Tahunan Kali ke 30 telah berlangsung bertempat di padang sekolah. Tetamu kehormat pada kejohanan pada tahun ini ialah YDP Alumni SMSMS, En. Ali Kasimin. Kejohanan dimulakan dengan perbarisan masuk kontinjen diikuti bacaan doa dan bacaan ikrar kejohanan. Setelah itu diadakan pertandingan sorak antara rumah.Acara - acara 4x400m, 100m, 400m dan 4x100m utk semua kategori telah dijalankan. Acara - acara lain telah disempurnakan sebelum kejohanan berlangsung. Pada akhir kejohanan, rumah Laksamana terpaksa mengalah apabila rumah Bendahara telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan untuk hari Sukan Muzaffar 2011. Walaupun kami terpaksa akur dengan keputusan itu, kami tetap beroleh kemenangan yang besar di mana Laksamana telah dinobatkan sebagai Johan Perbarisan yang bertemakan CAPTAIN AMERICA. Tahniah kepada warga Laksamana kerana telah menaikkan nama Laksamana meskipun kejohanan kali ini bukan milik kita. Tahniah diucapkan kepada warga Laksamana.


skuad kawad yang mengharumkan nama laksamana



barisan VIP yang hadir




acara lompat tinggi



wajah-wajah kegembiraan


komander kawad: syafiq jamaluddin



pasukan sorak


maskot CAPTAIN AMERICA



pasukan sorak

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH SESI 2012

Pada 22 Ogos yang lalu ,telah diadakan Majlis Pentauliahan AJK Tertinggi bagi sesi 2011/2012.Majlis ini telah diadakan di Dewan Sultan Muzaffar Syah.Tujuannya adalah untuk memberi pentauliah kepada pelajar-pelajar yang bakal menerajui tampuk pimpinan Mozac pada tahun hadapan.Antaranya ialah Majlis Sistem Rumah ,Pengawas Sekolah ,Pembimbing Rakan Sebaya ,Didikom ,Pengawas Pusat Sumber dan Majlis Tertinggi Pengawas Sekolah .Secara rasminya ,tampuk kepimpinan pada sesi 2011/2012 diterajui oleh :

Badan Pengawas Sekolah


Ketua Pengawas :Muhammad Syafiq bin Jamaludin (LAKSAMANA)
Penolong Ketua Pengawas 1 :Adlina bt Ab .Rahim (SYAHBANDAR)
Penolong Ketua Pengawas 2 :Muhammad Nabil bin Salim (LAKSAMANA)

Majlis Rumah

Rumah Laksamana
Ketua Rumah : Muhammad Shamil bin Norazman
Tim. Ketua Rumah : Dinie Rafhanah binti Rofidi


Rumah Temenggung
Ketua Rumah :Muhammad Amzar bin Mohd Noh
Tim.Ketua Rumah : Nuratika Baharom

Rumah Syahbandar
Ketua Rumah :Muhammad Aizat bin Rahim
Tim.Ketua Rumah : Nur Fitri Faqihah binti Azmi

Rumah Bendahara
Ketua Rumah : Muhammad Natasha Azad bin Abul Kalam Azad
Tim. Ketua Rumah : Nur Shazwana binti Shamsudin

Badan Dakwah dan Kerohanian Islam (BADRI)

Pengerusi : Mohd Adib Bin Mohd Adam (LAKSAMANA)
Naib Pengerusi : Nurul Farahin Binti Zamrud (LAKSAMANA)

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


Pengerusi : Abdul Nasir bin Hairuman (TEMENGGUNG)
Naib pengerusi : Zatty Zawani binti Zaidi (BENDAHARA)

Koperasi MOZAC (KOSMOZ)

Pengerusi : Ahmad Syukri Hashim (LAKSAMANA)
Naib Pengerusi : Muhammad Zharif Shaharudin (BENDAHARA)

Didikom

Pengerusi : Ahmad Sholehin bin Abdul Malik (LAKSAMANA)
Naib Pengerusi : Muhammad Azim bin Abd. Mutalib (BENDAHARA)

Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PPS)

Pengerusi : Muhd. Nurazan bin Muhd. Nurtay(BENDAHARA)
Naib Pengerusi : Noorul Amirah Binti Abdul Zalil (TEMENGGUNG)

Diharapkan dengan penyerahan jawatan tersebut,pelajar-pelajar yang telah diberi tanggungjawab akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi melonjakkan lagi prestasi Rumah Laksamana dari semasa ke semasa seterusnya menaikkan nama Mozac dalam kalangan sekolah-sekolah seluruh Malaysia.