Wednesday, February 2, 2011

MAKAN BERADAB RUMAH LAKSAMANA




21 JANUARI 2011, JUMAAT. Acara Makan Beradab Rumah Laksamana yang pertama kalinya pada tahun 2011 ini diadakan dan merupakan acara tahunan bagi setiap rumah. Acara ini telah dikendalikan sendiri oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 ahli rumah Laksamana. Makan Beradab Rumah Laksamana kali ini telah menggunakan 'LUXURY GARDEN' sebagai tema. Majlis kali ini bermula pada pukul 8.00 malam setelah tetamu terhormat tiba dan disambut dengan paluan kompang yang dikendalikan oleh pelajar tingkatan 3. Pengerusi majlis yang mewawancara majlis ialah Anis Zahirah bte Muhd Zabid dan Amin b Sulaiman. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Ketua Guru Rumah Laksamana, Pn. Wan Hailah bt. Wan Yahya dan uacapan dari Penasihat Rumah Encik Baharuddin bin Burhan. Menu pada malam tersebut adalah
~NASI PUTIH
~SAMBAL UDANG
~SUP AYAM
~SAYUR
~BUAH TEMBIKAI
~AIR LYCHEE
~DADIH EPAL

Kesemua pelajar telah mendapat sebuah button rumah sebagai tanda kenangan manakala guru- guru telah mendapat sebuah cangkir.

1 comment: