Saturday, May 12, 2012

Merentas Desa 2012

Pada hari ini, 12 Mei 2012 semua warga Muzaffar telah menyertai acara tahunan yang ditunggu-tunggu setiap guru dan pelajar iaitu Merentas Desa 2012. Tahun ini, masih lagi mengekalkan laluan yang sama seperti tahun-tahun yang berikutnya iaitu melalui Taman Muzaffar Syah yang terletak berhampiran dengan MOZAC. Aturcara bermula dengan acara melepaskan peserta mengikut kategori oleh Ayahanda Tn Hj Hasan Bin Topit.Setelah berhempas-pulas berlari mengejar tempat teratas, akhirnya semua pelajar berjaya menamatkan larian paling lewat jam 10 pagi.Diteruskan dengan penyampaian hadiah dan keputusan keseluruhan ialah Rumah Laksamana berjaya menduduki tempat ke-2 keseluruhannya.Tahniah diucapkan kepada semua ahli rumah yang telah berjaya mengharumkan nama Laksamana.Agar Laksama akan terus maju pada masa hadapan... =)

wajah-wajah putera Laksamana sebelum berlepas

puteri-puteri Laksamana pun ingin bergambar....

Acara pelepasan oleh Ayahanda Tn Hj Hasan Bin Topit

Friday, May 11, 2012

Kedudukan Pertama

Tahniah diucapkan kepada semua warga Laksamana yang telah berjaya menaikkan nama rumah sehingga kini kita mendominasi kedudukan di dalam sistem rumah MOZAC.Berikut merupakan markah rumah:
Kurikulum : 2080
Kokurikulum : 5485
Sahsiah : 1444
3K : 690
Jumlah : 9699

Kita merupakan johan diikuti rumah Syahbandar,Bendahara,dan Temenggung...
keep on it guys!!! teruskan mengharumkan nama rumah terutamanya dalam peperiksaan pertengahan tahun dan merentas desa yang mendatang ini!!!

Majlis Anugerah Cemerlang dan Hari Asrama Terbuka 2012

Pada 28 April 2012 telah berlangsung sebuah majlis meraikan kejayaan calon-calon PMR 2011 dan SPM 2011 yang telah mengharumkan nama sekolah melalui pencapaian target sekolah dan SBT yang Significantly Exceed Target untuk PMR 2011 dan Exceed Target untuk SPM 2011.Tahniah diucapkan kepada Nadiatul Najwa dan Meor Akmal kerana terpilih menjadi pelajar terbaik PMR dan SPM 2011. Tahniah juga diucapkan kepada semua warga Laksamana yang telah berjaya meningkatkan markah rumah dengan mendapat kejayaan ini dari aspek akademik.Diharapkan ahli rumah terus menyumbang bakti menambahkan markah rumah agar mengharumkan nama rumah dengan lebih baik...


pada hari yang sama juga, telah diadakan Hari Asrama Terbuka yang diadakan tahunan di Mozac. Ini adalah antara acara yang dinanti-nantikan oleh semua warga Muzaffar kerana mereka dapat mempamerkan segala kreativiti mereka.Rumah Laksamana telah bersepakat memilih tema English Garden pada tahun ini selepas tema Snow pada tahun lepas.Diharapakan tahun ini rumah Laksamana dipilih sekali lagi untuk memenangi tempat pertama setelah tahun lepas Kamar 3B6 dibawah pimpinan Cik Rozinah dan saudara Muhammad Fadhil Helmi memenangi tempat pertama dan dianugerahkan sewaktu Malam Anugerah Muzaffar 2011 tahun lepas.cheers...



Sunday, February 12, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012


Pada 5 Febuari 2012 hari Ahad, Mozac telah mengadakan sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bagi tahun 2012.Bermula jam 8 pagi,para pelajar memulakan perarakan dari bengkel kemahiran hidup naik ke astaka .Kemudian aturcara disambung dengan ceramah maulidur rasul dari seorang ustaz.Tibalah masa yang ditunggu-tunggu penantian warga rumah laksamana terjawap juga akhirnya apabila berjaya dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2012 diikuti rumah Syahbandar,temenggung dan bendahara. Selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w sebagai tanda kesyukuran pertama terhadap kejayaan rumah laksamana yang pertama.Diharapkan agar warga laksamana dapat meneruskan lagi perjuangan dalam menaikkan nama laksamana.


ceh... KR ambil hadiah...

Tuesday, January 24, 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2012


1 Malaysia,Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

MINGGU SILATURRAHIM pelajar tingkatan satu. (MSR)


Pelbagai aktiviti dan taklimat telah diaturkan oleh unit bimbingan dan kaunseling sekolah bagi memenuhi tempoh masa 2 minggu yang ditetapkan. Taklimat-taklimat yang telah dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan identiti MOZAC yang sebenar, serta memaklumkan perkara-perkara yang perlu diketahui oleh semua warga MOZAC kepada ahli keluarga baru ini.

Terdapat juga sesi bersama warden serta ahli jawatankuasa (HiCOM) bagi setiap badan di sekolah secara bergilir pada setiap malam. KR dan TKR telah turut serta dalam sesi perkenalan bersama warden, pengawas sekolah, serta majlis rumah.

Tidak lupa juga, HiCOM Majlis Rumah telah menggalas tanggungjawab dengan jayanya bagi menjalankan sesi senaman pagi pada pagi Sabtu dan Ahad sewaktu MSR. Senaman poco-poco, 'chicken dance', serta Xi Shua Shua yang menjadi kegemaran pelajar MOZAC telah diperkenalkan kepada 'freshie'.









SELAMAT KEMBALI ke ASRAMA!


Pada 3 Januari 2012 sesi pendaftaran para pelajar Mozac telah dilakukan.Proses pendaftaran telah bermula sejak pukul 10 pagi lagi.Pada hari yang sama ayahanda pengetua telah turut serta memantau sesi pendaftaran itu.Beliau memantau keadaan aspura serta keterujaan pelajar kembali ke asrama .Pada hari itu kira-kira 72 ahli laksamana putera dan 52 ahli puteri telah mendaftar di meja pendaftaran sehingga jam 6.oo petang. Semua ahli laksamana diharapkan dapat menyemai semangat baru 2012 dalam misi meningkatkan lagi kemenjadian dan prestasi rumah laksamana yang tercinta.



barisan KR dan TKR semua rumah

GO LAKSAMANA!

SELAMAT DATANG adik-adik baru LAKSAMANA!



Pada 4 Januari 2012 rumah laksamana telah menerima ahli putera dan puteri tingkatan satu. Sesi pendaftaran mereka telah bermula pada jam 9 pagi di Dewan Sultan Muzaffar Syah. Mereka telah disambut oleh pemimpin badan-badan pelajar pada sesi pendaftaran. Pada hari yang sama juga Dato' Mohd Ali bin Rustam telah melakukan kunjungan ke sekolah ini. Beliau telah memberi ucapan kepada ibu bapa pelajar tingkatan satu yang mendaftar pada hari tersebut. Selepas mendengar ucapan dari Dato' Ali dan barisan pentadbir, pelajar tingkatan satu telah bergerak ke dewan makan untuk pendaftaran asrama. Laksamana telah menerima 20 ahli putera baru dan 17 ahli puteri. Diharapkan agar putera puteri yang baru ini akan bersemangat membantu meningkatkan lagi pencapaian laksamana pada tahun ini.

Saturday, January 14, 2012

Perjumpaan Keluarga SBP

Atas dasar transfromasi yang dibawa oleh ayahanda Mozac Tn Hj Hasan Bin Topit, program mentor-mentee telahpun dimansuhkan dan digantikan dengan nama yang lebih mesra lagi iaitu keluarga SBP.Pada 11 Januari 2012,perjumpaan keluarga SBP kali pertama 2012 diadakan di Dewan Sultan Muzaffar jam 9.00 malam sehingga 10.30 malam.Sesi suaikenal antara sesama keluarga telah dikendalikan oleh abang long dan kak long mereka sendiri iaitu pelajar tingkatan 5 setiap keluarga.Maklum balas para pelajar dan ibubapa mengenai program ini amat baik dan menggalakkkan.Diharapkan agar semua pelajar akan memberikan kerjasama atas transformasi Sistem Rumah ini.

Perjumpaan Rumah Kali Pertama 2012


Pada 10 Januari 2012 bersamaan hari Selasa, pihak sekolah telah memberi ruang untuk Majlis Rumah telah mengadakan perjumpaan rasmi Sistem Rumah. Bermula jam 3.30 petang hingga 4.30 petang,pelbagai agenda telah dibentangkan. Bertempat di Dewan Terbuka Mozac, Rumah Laksamana yang diketuai oleh Pn Wan Hailah Wan Yahya telah menyampaikan beberapa isi-isi penting dan sasaran rumah untuk tahun ini. Disusuli dengan Ketua Rumah dan Timbalan ketua Rumah yang membentangkan ahli jawatankuasa tertinggi rumah. AJK tingkatan serta biro-biro rumah memperkenalkan diri masing-masing. Kemudian guru-guru rumah yang hadir memberikan kata-kata semangat serta tips untuk membantu ahli rumah.Semoga perjumpaan kali ini membawa manfaat kepada semua ahli rumah laksamana.




Beyond Expectation,Towards Perfection...

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru



Selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua warga Laksamana dan diharapkan tahun 2011 banyak mengajar kita untuk menjadi lebih matang.Bertemakan 'Age of Renaissance' , semoga semangat baru membara dalam mengekalkan prestasi sebagai Johan Kokurikulum 2011 sekaligus mengengam kembali takhta Juara dalam apa-apa bidang yang pernah kita rasai beberapa tahun sebelum ini.