Monday, January 31, 2011

MINGGU ORENTASI TINGKATAN 1




5 JANUARI- 14 JANUARI, para pelajar tingkatan 1 menjalani minggu orentasi. Dlam minggu ini, pelajar tingkatan 1 menjalani beberapa sesi seperti suai kenal bersama para pengawas,sistem rumah, para badri, pelajar tingkatan 5 dan guru- guru. Mereka juga dibawa melawat bandar Melaka bersama guru tingkatan masing- masing dan para pengawas. Penutup orentasi mereka adalah pada 14 Januari. Kesemua pelajar- pelajar ini telah membuat persembahan atas bimbingan pelajar- pelajar tingkatan 5. Selepas tamat penutup tersebut, para pelajar tingkatan 1 dibenarkan pulang bersama- sama para penjaga.
SEMOGA MINGGU ORENTASI MENJADI MEMORI INDAH DALAM HIDUP PELAJR TINGKATAN 1 MOZAC

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 2011


5 JANUARI 2011- 14 JANUARI 2011, seramai 105 orang pelajar telah mendaftar di MOZAC. Para ibu bapa dan guru telah diberi taklimat oleh Pengetua MOZAC.Pelajar- pelajar ini telah menjalani minggu orentasi selama seminggu bersama- sama dengan guru- guru dan pelajar tingkatan 5. Seramai 24 orang pelajar telah mendaftar untuk rumah laksamana. 16 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Diharapkan agar pelajar- pelajar ini dapat menyesuaikan diri di bumi MUZAFFAR ini dengan sokongan guru- guru dan para pelajar.
SELAMAT BERUSAHA DI MOZAC

PENDAFTARAN 2011

2 Januari 2011, setelah bercuti selama sebulan setengah, kesemua warga Muzaffar dari tingkatan 2- tingkatan 5 perlu kembali ke sekolah. Sesi pendaftaran bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 6 petang. Kesemua ketua rumah dan penolong ketua rumah telah menjaga sesi pendaftaran tersebut. Pendaftaran ini diadakan di hadapan bilik warden MOZAC. Kesemua pelajar MOZAC diwajibkan pemakai baju batik.
DIHARAPKAN AGAR KESEMUA PELAJAR PULANG KE SEKOLAH DENGAN AZAM YANG BARU...