Saturday, February 26, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 H/2011 M

15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabi'ul Awal 1432 H,Sek. men. Sains Muzaffar Syah telah mengadakan sambutan Mulidur Rasul peringkat sekolah.Sambutan ini telah dimulakan seawal 5.00 pagi dengan aktiviti qiamulail dan solat subuh berjemaah.Kemudian,pada jam 8.00 pagi,semua warga Muzaffar telah berkumpul mengikut rumah masing-masing di hadapan bengkel KH dengan membawa sepanduk rumah.Majlis diteruskan lagi dengan aktiviti di dewan.Tuan Pengetua telah memulakan ucapan pembukaan dan disambung dengan ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Rosfazlin b. Jusoh.Beliau telah berkongsi pengalaman berada di bumi Gaza dan secara tidak langsung telah membangkitkan semangat jihad dalam diri setiap pelajar.Seterusnya,diadakan bacaan ayat suci Al-Qur'an dan deklamasi sajak.Di samping itu,pertandingan sepanduk antara rumah telah diadakan dan keputusannya adalah seperti berikut:-

Johan:Bendahara
Naib Johan:Syahbandar
Ketiga:Laksamana
Keempat:Temenggung

Mabruk(tahniah) diucapkan kepada pihak BADRI MOZAC kerana berjaya menganjurkan sambutan ini dengan jayanya.Diharapkan semua pelajar mengambil iktibar dari tarikh yang penuh bersejarah ini,insya-Allah..
~age of renaissance~

Wednesday, February 2, 2011

MAKAN BERADAB RUMAH LAKSAMANA




21 JANUARI 2011, JUMAAT. Acara Makan Beradab Rumah Laksamana yang pertama kalinya pada tahun 2011 ini diadakan dan merupakan acara tahunan bagi setiap rumah. Acara ini telah dikendalikan sendiri oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 ahli rumah Laksamana. Makan Beradab Rumah Laksamana kali ini telah menggunakan 'LUXURY GARDEN' sebagai tema. Majlis kali ini bermula pada pukul 8.00 malam setelah tetamu terhormat tiba dan disambut dengan paluan kompang yang dikendalikan oleh pelajar tingkatan 3. Pengerusi majlis yang mewawancara majlis ialah Anis Zahirah bte Muhd Zabid dan Amin b Sulaiman. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Ketua Guru Rumah Laksamana, Pn. Wan Hailah bt. Wan Yahya dan uacapan dari Penasihat Rumah Encik Baharuddin bin Burhan. Menu pada malam tersebut adalah
~NASI PUTIH
~SAMBAL UDANG
~SUP AYAM
~SAYUR
~BUAH TEMBIKAI
~AIR LYCHEE
~DADIH EPAL

Kesemua pelajar telah mendapat sebuah button rumah sebagai tanda kenangan manakala guru- guru telah mendapat sebuah cangkir.

Tuesday, February 1, 2011

PERJUMPAAN RUMAH KALI PERTAMA

12 JANUARI, perjumpaan keempat- empat rumah buat kali pertama bagi tahun 2011. Perjumpaan rumah laksamana bertempat di kantin MOZAC. Bermula pada jam 3 petang sehingga jam 4.30 petang. Kesemua guru- guru rumah Laksamana telah menghadiri perjumpaan ini.

~Puan Wan Hailah bt Wan Yahya
~Encik Kamaruddin b Katon
~Puan Azniza bt Azmi
~Ustaz Al- Azhar
~Miss Rachel Easaw
~Ustaz Mokhtar
~Puan Siti Hasnah bt Sohood
~Ustazah Norliyen
~Encik Saifuddin b Dol Halit
~Puan Noorwatie bt Sulieman
~Puan Hawa Naqiah bt Makmor
~Cik Rozinah
~Encik Bistamam b Talib

Ketua rumah, Ikmal Hisyam telah memberikan kata- kata semangat kepada kesemua ahli rumah untuk meningkatkan prestasi rumah. Beliau juga telah memperkenalkan kesemua ahli jawatankuasa rumah bagi tahun 2011.

Penasihat Rumah: Encik Baharuddin bin Burhan

Penyelaras Rumah: Encik Bistamam b Talib

Ketua Guru Rumah: Puan Wan Haila b Wan Yahya

Penolong Ketua Guru Rumah: Ustaz Mukthar

Ketua Rumah: Ikmal Hisyam b Mohamed

Timbalan Ketua Rumah: Fatin Fazira bt Che Daud

Setiausaha Rumah: Muhammad Nafizi b Abdul Ghani

Penolong Setiausaha Rumah: Florita ak Suneh

Bendahari Rumah: Nor Adila bt Mohd Shah

Penolong Bendahari Rumah: Ammirul Hafiz b Norazman

Biro Akademik: Nurashidah bt Razali

Biro Kokurikulum: Ahmad Razimi b Taib

Biro Sahsiah: Nurul Fatehah bt Zulkpli

MOGA TAHUN 2011 MERUPAKAN TAHUN KEGEMILANGAN BAGI RUMAH LAKSAMANA

~age of renaissance~