Saturday, September 24, 2011

HARI SUKAN SEKOLAH 2011

26 Julai 2011, Padang Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah- Kejohanan Olahraga & Sukan Tahunan Kali ke 30 telah berlangsung bertempat di padang sekolah. Tetamu kehormat pada kejohanan pada tahun ini ialah YDP Alumni SMSMS, En. Ali Kasimin. Kejohanan dimulakan dengan perbarisan masuk kontinjen diikuti bacaan doa dan bacaan ikrar kejohanan. Setelah itu diadakan pertandingan sorak antara rumah.Acara - acara 4x400m, 100m, 400m dan 4x100m utk semua kategori telah dijalankan. Acara - acara lain telah disempurnakan sebelum kejohanan berlangsung. Pada akhir kejohanan, rumah Laksamana terpaksa mengalah apabila rumah Bendahara telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan untuk hari Sukan Muzaffar 2011. Walaupun kami terpaksa akur dengan keputusan itu, kami tetap beroleh kemenangan yang besar di mana Laksamana telah dinobatkan sebagai Johan Perbarisan yang bertemakan CAPTAIN AMERICA. Tahniah kepada warga Laksamana kerana telah menaikkan nama Laksamana meskipun kejohanan kali ini bukan milik kita. Tahniah diucapkan kepada warga Laksamana.


skuad kawad yang mengharumkan nama laksamana



barisan VIP yang hadir




acara lompat tinggi



wajah-wajah kegembiraan


komander kawad: syafiq jamaluddin



pasukan sorak


maskot CAPTAIN AMERICA



pasukan sorak

No comments:

Post a Comment