Tuesday, December 14, 2010

Malam Anugerah Muzaffar 2010

Jumaat,29 Oktober 2010:Jika sebelah pagi,pelajar-pelajar telah berpenat-lelah menyumbang tenaga bagi rumah masing-masing,kini masa yang dinanti-nantikan oleh semua warga Muzaffar terutamanya para pelajar Tingkatan 5 telah tiba.Dahulunya dikenali dengan nama Malam Seribu Bintang dan kini Malam Anugerah Muzaffar,majlis ini diadakan setiap tahun bertujuan memberi panghargaan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 di atas sumbangan dan pencapaian yang telah diberikan pada sekolah.YB Datuk Wira Omar b. Kaseh,Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka merupakan tetamu kehormat pada malam itu.Majlis dimulakan dengan perarakan para pelajar Tingkatan 5 sebelum ketibaan YB.Warga Muzaffar dihiburkan dengan persembahan daripada para pelajar ketika menjamu selera.Selesai ucapan-ucapan utama,anugerah-anugerah telah disampaikan.Anugerah-anugerah tersebut termasuklah;

Anugerah Dorm&Kelas Terbaik
Dorm Putera Terbaik:2B1
Dorm Puteri Terbaik:Dorm A
Kelas Terbaik(men.atas):5 Beta
Kelas Terbaik(men.bawah):3 Alpha

Anugerah Penyumbang Markah Rumah Terbanyak
Bendahara:Muhd Azfar Hj Adam
LAKSAMANA:AMIRA AZHAR
Syahbandar:Nur Anis Atika Zainal Abidin
Temenggung:Nur Alia Ng Abdul Latif Ng

Rumah Sukan Terbaik Mengikut Rumah
Akademik:Temenggung
3K:Bendahara
Sahsiah:Temenggung
Kokurikulum:Bendahara

Rumah Sukan Terbaik Keseluruhan
Bendahara

Anugerah Utama
Penghargaan Sekolah:Muhammad Syakir Zufayri Noor Samsudin
&Muhammad Faris Roslan
Pelajar Contoh Putera:Ahmad Azri Abdullah
Pelajar Contoh Puteri:Alya Syahirah Roszelan

BINTANG MUZAFFAR
NUR ANIS ATIKA ZAINAL ABIDIN

Sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar yang menerima anugerah.Kepada ahli rumah Laksamana,marilah kita bersama-sama meningkatkan mutu rumah sukan bagi melayakkan nama ke malam yang begitu gah ini!
2011 Zaman Renaissance Lux!!Chaiyok2!!

No comments:

Post a Comment