Wednesday, February 17, 2010

Perjumpaan Mentor Mentee

Persekitaran Mozac,12 Feb- Satu perjumpaan mentor mentee telah dijalankan bertujuan untuk merapatkan silaturahim di antara mentor dan mentee. Mentor mentee telah disusun dan dikemaskini oleh Unit Kaunseling Mozac. Pembahagian mentor mentee adalah mengikut rumah sukan masing-masing. Mentor telah mengemas kini maklumat mentee masing-masing dan memberi nasihat kepada mentee untuk bersiap sedia menghadapi ujian pertengahan tahun semester 1 2010. Kepimpinan Rumah Laksamana berharap agar hubungan dan ikatan mentor mentee akan menjadi lebih erat. Sekian.

Pemantauan Anugerah Asrama Terbilang ke SBPI Selandar

SBPI Selandar,10 Feb- Satu lawatan penanda aras Anugerah Asrama Terbilang ke SBPI Selandar. Lawatan ini bertujuan untuk memperbaiki dan menambahbaik segala aspek dan kemudahan yang akan dipertandingkan di peringkat Anugerah Asrama Terbilang. Lawatan ini disertai oleh 4 orang warden, seorang kaunselor, ketua-ketua rumah, penolong-penolong ketua rumah dan semua ketua kamar. Dengan adanya lawatan penanda aras ini, ketua-ketua kamar rumah Laksamana dapat mengambil apa yang baik sebagai pengajaran untuk kita gunakan bersama demi rumah Laksamana ahli-ahli rumah Laksamana yang tercinta. Sekian.

Perjumpaan Rumah Kali Kedua

Astaka Ke 2, 3 Feb- Perjumpaan rumah kali kedua ini telah dihadiri oleh Penasihat rumah, penyelaras rumah, ketua guru rumah, guru-guru rumah dan semua ahli rumah Laksamana.
Aktiviti yang telah dijalankan:-
  1. Ucapan Penyelaras Rumah Laksamana, En. Bistamam.
  2. Ucapan Ketua Guru Rumah Laksamana, En. Kamarudin.
  3. Ketua Guru memperkenalkan guru-guru rumah Laksamana kepada semua ahli rumah.
  4. Ucapan dan kata-kata semangat daripada Ketua Rumah.
  5. Ketua Rumah memperkenalkan AJK Tertinggi Rumah Laksamana kepada semua ahli rumah.
  6. Biro-biro Rumah Laksamana memberi sepatah dua kata.

Majlis diakhiri dengan tepuk rumah Laksamana untuk menaikkan semangat semua ahli rumah Laksamana. Go LUX!!!
Sekian.

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4

Dewan Makan Mozac,2 Feb- Pelajar tingkatan 4 baru telah mendaftar sebagai warga Mozac setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR 2009. Pendaftaran ini dikendalikan oleh AJK rumah tingkatan 4. Selamat datang dan selamat menjadi warga Muzaffar diucapkan kepada semua.

Pelantikan Ketua Kamar 2010


Dewan Sultan Muzaffar Syah,18 Jan- Pada Perhimpunan Rasmi telah diadakan Majlis Pelantikan Ketua Kamar 2010. Laksamana mempunyai 5 kamar bagi putera dan 3 kamar bagi puteri. KR dan semua Laksamanian berharap agar semua Ketua Kamar Laksamana dapat menjalankan tugas dengan sempurna demi mencapai kegemilangan Laksamana pada tahun ini. Sekian.

Majlis Ramah Mesra bersama Pelajar Tingkatan 1 2010

Dewan Sultan Muzaffar Syah,12 Jan- Majlis Rumah sekali lagi diberi peluang menjayakn Minggu Silaturrahim pelajar tingkatan 1. Slot ini bermula dr jam 2100 - jam 2230. Pelajar-pelajar tingkatan 1 dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing. Semua AJK Tertinggi Rumah Laksamana memperkenalkan diri kepada pelajar-pelajar tingatan 1 Laksamana. Form 1 Laksamana telah diperkenalkn dengan visi rumah, misi rumah, moto rumah, lagu rumah, lagu sorak rumah dan juga tepuk rumah Laksamana. Slot diakhiri dengan permainan Goreng Pisang yang telah dimenangi oleh rumah Laksamana dan Temenggung yang telah mengalahkan rumah Bendahara dan Syahbandar. Chaioyk LUX!!! Sekian.

Riadah Bersama Pelajar Tingkatan 1

Sekitar Mozac,13 Jan- Pada Minggu Silaturrahim pelajar-pelajar tingkatan 1, Majlis Rumah telah diberi kesempatan untuk riadah bersama pelajar-pelajar tingkatan 1. Slot dimulakan dengan aktiviti regangan di hadapan Bilik Pengunguman. Selepas itu, pelajar-pelajar tingkatan 1 dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing. Pelajar-pelajar tingkatan 1 Laksamana telah dibimbing oleh KR, PKR dan AJK tertinggi untuk aktiviti riadah. Riadah berakhir jam 183o. Sekian.

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1

Dewan Makan Mozac,11 Jan- Pendaftaran pelajar tingkatan 1 tahun 2010 telah berlangsung dengan jayanya dan berjalan dengan lancar. Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pendaftaran asrama para pelajar tingkatan 1. Pendaftaran ini bermula jam 11.00 a.m - 1.00 p.m. Sekian.

Perhimpunan Asrama dan Perjumpaan Rumah

Dewan Sultan Muzaffar Syah, 9 Jan- Perjumpaan rumah kali pertama. Ketua Rumah mengambil kesempatan memberi ucapan dengan memperkenalkan AJK tertinggi Rumah Laksaman kepada semua pelajar Mozac. Ketua Rumah juga memperkenalkan visi rumah, misi rumah, moto, lagu rumah dan lagu sorak rumah kepada semua hadirin. Semua ahli rumah telah diberi kata-kata semangat dan saranan supaya ahli rumah Laksamana bergiat aktif dengan penuh semangat dalam apa jua bidang yang diceburi agar dapat menyumbang markah kepada Rumah Laksamana agar Laksamana menjadi johan dan rumah terbaik pada tahun 2010 dan seterusnya. Chaiyok Lux!!!!Sekian.

Hari Penganugerahan Watikah Pelantikan

Dewan Sultan Muzaffar Syah,4 Jan- Hari pertama sekolah pada tahun 2010. Pada hari ini juga diadakan penganugerahan watikah pelantikan kepada Majlis Rumah, Pengawas Sekolah, Badri, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi, PRS dan Didikom. Semua Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah juga dianugerahkan watikah pelantikan pada hari ini. Majlis ini juga telah disempurnakan oleh 2 orang bekas pelajar iaitu, En Abdul Rahim bin Ahmad;SPM 1980-Ketua Penolong Pengarah Sektor Penguatkuasa dan Inspektorat IPTS, Kementerian Pengajian Tinggi dan Meor Hafizan Abdul Ghani,SPM 1998-Setiausaha Akhbar Menteri Luar Bandar dan Wilayah.
Sekian.

Pendaftaran Asrama 2010


Asrama Mozac,3 Jan- Para pelajar tingkatan 2-5 telah mendaftar penempatan asrama pada 2 Januari 2010. Sesi pendaftaran bermula jam 8.30 a.m hingga 6.00 p.m. Pendaftaran ini telah dikendalikan oleh Majlis Rumah Mozac dan Majlis Warden. Koperasi juga mengadakan jualan dengan menjual baju identiti terbaru MOZAC. Pendaftaran telah berjalan dengan lancar.